Photobucket

Sunday, December 19, 2010

Adakah saya layak menjadi ahli badan dakwah?

Isu layak atau tidak bukan menjadi penyebab untuk menyertai badan dakwah . Yang lebih penting adalah niat kita untuk berubah dan untuk mengajak orang lain untuk turut berubah .Kita perlu tanam kan dalam diri keinginan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan untuk mendapat keredaan daripada ALLAH S.W.T .Jadi dengan menyertai badan dakwah ini adalah salah satu usaha kita untuk berubah dan memperbaiki kesilapan yang lalu ataupun satu jalan untuk kembali mencari keredaan ALLAH S.W.T.Seperti yang sedia maklum bahawa kita bersekolah menengah harian ini mempunyai pelbagai dugaan dan cabaran kerana kita mempunyai pelbagai pendedahan di rumah dan di media masa contohnya.Jadi sama-sama lah kita mencari jalan untuk kembali ke jalan ALLAH dan mencuba untuk melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA . insyaallah.